Pages

Tuesday, October 11, 2011

Doa Untuk Ayah

Aku berdoa untuk seorang lelaki yang telah menjadi bahagian hidupku.
Seorang lelaki yang telah mengajarkanku bagaimana mencintaiMu ya Allah
Seorang lelaki yang hadir dalam setiap doa setelah solatku
Seorang lelaki yang meletakkan namaku dalam lantunan doanya untukMu
Seorang lelaki yang hidup bukan hanya untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuku, Ibu, adik-kakakku, dan untukMu
Seorang lelaki yang selalu menasehatiku untuk membakar kelemahan dan kekuranganku
Seorang lelaki yang mengharapkan senyumku untuk mengatasi sedihnya
Seorang lelaki yang mengharapkan dukunganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang menjadi pemimpinku di saat aku kehilangan arah
Seorang lelaki yang mengharapkan doaku untuk kehidupannya
Seorang lelaki yang selalu mengingatkanku akan impian besarku
Seorang lelaki yang menjadi pahlawan dalam keluargaku
Seorang lelaki yang ku ingin untuk mendampingiku menuju JannahMu
Dan aku berdoa untuknya
Berikanlah kekuatan kepadanya untuk menghadapi UjianMu, agar ia mampu bangkit tiap kali badai menerpa
Berikanlah ia kehidupan yang mulia, sehingga ia dapat memuliakanMu
Berikanlah ia hati yang sentiasa ikhlas dan kuat menerima amanah-amanahMu untuk mentarbiah kami
Berikanlah ia dada yang lapang, sehingga ia dapat sabar dalam mendidik anak titipan dari Mu
Berikanlah ia umur yang berkah, sehinga tiap detik waktunya tak sia-sia di mata Mu

Amiin ya ALLAH....

Kenangan Seorang Ibu

Masa usia setahun , ibu suapkan makanan dan memandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Saat usia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. Kita ucapkan terima kasih dengan
lari sambil tertawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

Ketika usia 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang.Kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan.

Masuk usia 4-5 tahun, ibu belikan pensil warna dan pakaian. Kita
ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding dan bergolek atas lantai
kotor.

Saat usia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke Tadika.Kita ucapkan terima kasih dengan menjerit," Tak mahu! Tak mahu !".

Ketika usia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan cermin rumah jiran.

Setelah usia 8-9 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan ponteng sekolah.

Di usia 10-11 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk dengan kita, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dan asyik bermain dengan kawan.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian menutup aurat, kita ucapkan terima kasih dengan memberitahu bahawa pakaian itu ketinggalan zaman.

Ketika menjangkau 18 tahun, ibu menangis apabila tahu kita di terima masuk universiti , kita ucapkan terima kasih dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.

Menjelang usia 20 tahun, ibu bertanya apakah kita ada teman istimewa, kita katakan,...." itu bukan urusan ibu.

Setelah usia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan perkawinan kita, ibu menangis dan memberitahu bahawa dia sangat sayangkan kita, tanda kita ucapkan terima kasih dengan pindah jauh darinya.

Ketika usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata,... " itu dulu , sekarang zaman moden

". Ketika usia meningkat 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan tentang kenduri di kampung, kita berkata, " kami sibuk...tak ada masa nak datang ".

Menjelang usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya. Kita bercerita tentang kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban bagi anak-anak. Dan kemudian suatu hari...kita mendapat berita ibu meninggal, khabar itu mengejutkan.... dalam linangan air mata, segala perbuatan terhadap ibu muncul dalam ingatan satu persatu....

Saat di taman kanak-kanak, ibu menghantar hingga masuk ke dalam kelas,ibu perlu menunggu di sebelah sana. Kita tak peduli sebanyak manapun pekerjaannya di rumah, kita tak perduli hujan, panas atau rasa bosannya ketika menunggu. Kita senang ibu menunggu kita sampai lonceng berbunyi.

Setelah besar, Kita sering meninggalkannya bermain dengan teman-teman dan
berseronok.Tak pernah kita menemani ibu ketika sakit, ketika ibu
memerlukan pertolongan kita tak pernah ada. Masuk alam remaja, kita sering merasa malu berjalan bersama ibu. Pakaian dan dandannyaku anggap kuno dan tak serasi dengan penampilan kita. Bahkan sering kali kita sengaja mendahuluinya berjalan satu dua meter di depannya agar orang tak menyangka kita bersamanya... malu!.. Padahal ibu yang menjagaku sejak kecil, tak pernah memikirkan penampilannya, tak pernah membeli pakaian baru , apalagi perhiasan baru untuknya tapi ibu gunakan untuk membelikan kita pakaian yang bagus-bagus agar kita kelihatan cantik. Ibu mengangkat tubuh kita ketika kita jatuh, membasuh luka di kaki dan mendekapku erat-erat saat kita menangis.

Mulai masuk di Intitut pengajiaan tinggi, kita makin jauh dengannya. kita pintar dan cerdas sering kali menganggap ibu orang bodoh dan tak mengerti apa-apa. Ibu yang kita anggap bodoh, tak berwawasan , tak mengerti apa-apa, dan bukan orang berpendidikan, doa di setiap sujudnya, pengorbanan dan cintanya tak pernah terhenti sedetikpun untuk anak-anaknya.

Semua kenangan itu muncul satu persatu di fikiran kita. Dalam linangan air mata yang sudah terlambat, terus mengalir kedukaan dan penyesalan.Benar bahawa kasih Ibu kepada
anaknya tak terbatas.....pengorbanan ibu jika dihitung takkan terbalas oleh seorang anak.

Friday, October 07, 2011

Pengorbanan Seorang Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Thursday, October 12, 2006

Bingkisan Doa !!

'Bingkisan Doa.'

Ya Allah....
Seandainya telah engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami....
agar kemesraan itu abadi...

Dan ya Allah...ya tuhanku yang maha mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan....dia bukan miliku...
Bawalah ia jauh dari pandanganku....
Luputkanlah ia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti....
Berikanlah aku kekuatan...
Melontar bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah..agarku bisa bahagia...
Walaupun tanpa bersama dengannya...


Dan ya Allah yang tercinta...
Gantillah yang telah hilang....
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...
Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik buat ku....
kerana engkau maha mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini...
Jangan engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
dan kurniakanlah padaku
keturunan yang soleh....

Amin..Ya Rabbal A'lamin.

Tuesday, May 23, 2006

Seorang insan yang bergelar MAMA

Nurse, boleh saya tengok bayi saya?"
ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimana pun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu. Masa terus berlalu... Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.

"Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.

Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu... "Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, " kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai
manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak. "Akan tiba masanya anakku, " balas si ayah sambil Ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya, " si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik
yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.

" Ps: Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.
Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi
pengorbanan tanpa diketahui. selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia,
cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya,
bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah

SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya,' love U Mom '

Friday, May 19, 2006

Ketahui pasangan anda melalui TARIKH LAHIR

** BETUL ATAU KEBETULAN......**

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai.Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal dirumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut& ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Olih itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggung jawab.Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat.Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner.Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi.Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan. Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta,berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6. Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah.Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang.Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahu pun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat.Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah diamudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya. Dalam Kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam halper cintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi olihkawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadang kala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

Thursday, May 18, 2006

Warkah buat ibu

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih.... Mak tau tak.....itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni Sejak kiter dewasa.....dan itu juga terakhir kali nya. Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....nak tinggal kan anak2 mak.....nak tinggal kan dunia fana ni.....mak macam dan sedia.....Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu..... tanpa rasa mengantuk,tanpa rasa letih.....kakak pun rasa hairan..... mak tak penah buat gitu..... pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak..... tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu Siaran siam..... ke kadang siaran indonesia...mak terus tekun menganyam...

Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....pastu mak jemur karpet-karpet...pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..rupanya kat situ jenazah mak diletakkan.. paling menarik sekali mak bagi tau kat maner sume duit dan barang kemas mak.. ada kat dalam almari..... ada kat dalam dalam beg..... ada dalam ASB..... ada kat dalam Tabung Haji.. mak cakap tak berapa cukup lagi.... ada kat dalam gulung tikar..... masa tu mak perasan takk..?? kiter gelak sakan bila mak bagi tau duit dalam gulung tikar... kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa... mak cuma gelak jer... eemmm..bahagiaa nya saat ituu..Mak.....

Hari tu hari sabtu 18/08/1999
pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan. Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk..... mak tetap tak mau pi hospital.....dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk... Mak kata mak tak mau duduk dalam hospital..... tapi kiter berkeras juga pujukk.. nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak.. kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer.. Mak tetap tak bersetuju.....mak memang degil... tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu.. Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk.... mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit, kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.....

Mak.....amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....Mak.....

Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter... Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta.... Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt.. kiter jawab pula...kalau tak cukup, mak kan banyak duit... mak gelak ajerr..... Lepas tu bila kereta kiter sampai.....mak buat kenduri kesyukuran.....Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksidenTerlanggar kelinn naik motor.....Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan Sesekali bgtau kat mak..... Bila balik sahaja kampong....kiter cepat-cepat simpan ketadalam garaj..... Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanya kenapa...? Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....Mak....tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau... Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar... mak, kiter menipu makkan...ampon kan kiter.... Mak.....

Jam 4.30 pagi 19/08/1999
Bila tiba aja kat hospital....nurse tengah balut mak dengan kain putih..... mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...Mesti mak nampak abang cium dahi mak..... Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak.... Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...mesti mak nampak semua tu kann...kann..kannn Mak tau tak....

Pagi tu balik dari hospital jam 5.20
pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar... Adik kat sebelah diam melayan perasann... Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini... jalan di depan terasa makin kelam.....airmata dah tak mampu di tahan.... Masa tu seandainya apa-apa terjadi dijalan itu kiter rela... Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga... disebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong....sekosong hati ini..... Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya..... terasa syahdu dan sayu gitu...dinginnnn....Mak.....Kiter masih ingat lagi...Kiter baca Al-Quran kat tepi mak temankan mak...

Jam 11.00 pagi
mak di mandi kan....Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....Kiter gosok kaki mak perlahan lahan..... Mak perasan tak...? Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter..... Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.." Bila makcik tu kata gitu...lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter kawal supaya tak menitik Atas mak....Mak.....kiter nangis ni.....Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....Takder orang yang bangun lagi.....kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...kiter rindu kat mak..! Takpa la.....nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca yassin untuk mak.mak tunggu ya...!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya....Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir.... Semua orang kata mak seolah2 senyum aja... Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk..... Kiter tak mampu nak cium mak... kiter tak daya.... kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...Airmata kiter tak boleh tahan.... Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak... tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari
mak diusung keluar dari rumah.... Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik... badan akak terasa panas...makk...anak mak yang seorang tu demam.... Mak tauu...cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan...Mak.....Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...Begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata... Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib... Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan....entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apalagi... semakin kiter tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat dibendung... Mak tauu...kiter cuba bertahan... memujuk diri sendiri tapi tak juga reda... Kiter rasa nak telefon mak... nak cakap dengan mak....anak mak yang ni dah tak betul kan..????

Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong... Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi... Puas la kakak memujuk kiter... Akak kata..." tak baik laa nangis saje..doa lah untuk mak..nanti kalau gini ajer mak yang susah kat sana.." Dan akhirnya akak juga nangis..... Agaknya mak nampak adegan tu... sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh... mengharap sedekah dari anak2nya...Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati... rasa nyilu sangat....menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni.... Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu.... kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid... selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan... kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula.... Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih... pastu kawan kiter bgtau... simpan je buat kenangan.. Kiter cuma tau alamat ni aje... Takper yer mak... kiter kasi orang lain baca...Kiter stop dulu... sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter... memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah.. sampai masuk universiti.. sampai kiter boleh rase naik kapal terbang... boleh rasa duduk kat negara orang... Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas.

Wednesday, May 17, 2006

Kisah seorang ayah

Kalau semua orang dapat rasa belaian dan kemanjaan dari seorang Ayah, aku tak macam tu, Abah aku memang teramat garang, dari kecil sampailah usia aku 18 tahun masih lagi merasa penangan dari Abah.
Aku ni anak perempuan sulung dari adik beradik seramai 7 orang, yang pertama dan kedua lelaki, ketiga akulah, keempat dan kelima lelaki jugak, keenam dan ketujuh perempuan.

Dulu aku tak ada rasa hormat dengan Abah, yang ada cuma rasa takut, tak pernah langsung berbual dengan Abah, waktu makan pun asing-asing kecuali bulan puasa jek, itu pun waktu berbuka, cukup dengan 3 bijik kurma (wajib makan, kalau tak abah luku kepala) dan air, tak boleh makan dulu, solat maghrib jemaah, barulah boleh makan malam, itupun Abah biasanya makan kat atas meja, kitaorang depan TV. Bukan tak nak makan ngan Abah tapitakut, salah tertib makan nanti pinggan singgah kat kepala pulak. Abah punyalah tertib makan, ambik lauk ngan tangan kanan, yelah makan kan pakai tangan, jadi ambik lauk tangan kiri ler, Abah kata sudu boleh basuh, tangan kiri tu tangan setan.

Tak boleh makan sambil minum air, dah abis makan baru boleh minum, ambik lauk yang dekat jek,yang jejauh suruh orang hulurkan, jangan nak menjangkau tangan Aku ni hantu buku, tak kiralah masa makan ke, tengok tv ke mesti ada buku terlekat kat tangan, Abah selalu tegur ' Akak nak makan buku tu letak, karang Abah koyak buku '. Aku ni memang degil, satu hari tu, waktu makan tengahari sebelum nak gi sekolah agama petang, aku bacalah buku cerita, baru pinjam dari library, tak perasan Abah ada, tetiba jek buku aku tu melayang keluar rumah dan landing atas tempayan yang penuh air.

Biasalah perempuan mestilah menangis, bukannya Abah pujuk, Abah hadiahkan aku satu luku kat kepala ' Abah dah kata banyak kali, kepala ni keras sangat '. Mak aku kutip dan ironkan buku aku yang basah tu dan aku pegi sekolah agama dengan mata bengkak dan perut separuh lapar. Aku ni pendendam, aku pasang semangat untuk belajar pandai-pandai supaya dapat masuk asrama dan Abah tak boleh pukul aku lagi dan bila aku dah berjaya dapat gaji besar aku bagi mak jek duit, Abah aku buat tak layan. Aku berjaya masuk ke sekolah asrama penuh dan balik rumah pun, sebulan sekali jek, itupun time nak mintak duit, tapi jaranglah balik sebab aku dapat biasiswa anak orang felda kira susah jugaklah.

cuti sekolah jek balik rumah Abah, itupun kekadang lepak rumah member ambik part time kat McD' atau KFC.
Tapi bagitau Abah ada aktiviti sekolah. Tapi Abang aku yang nombor 2 tu dan adik aku no 4, puas kena belasah ngan. Abah, Abangku yang sulung nenek bela, aku pun tak tau kenapa mak aku bagi kat nenek. Untung tak kena belasah ngan Abah. Pernah sekali tu Abang aku balik lambat dari bermain, Abah rantai Abang kat tiang seri rumah dan rotan berkali-kali, aku dan adik aku cuba halang Abah, aku sayang kat abang aku tu, dia baik, kita orang pun kena rotan sekali, kita orang boleh lari, tapi Abang aku sampai lembik kena belasah.Mak pun selalu jugak kena pukul ngan Abah, kadang-kadang tu sampai lebam-lebam. Abah memang panas baran orangnya.
Mak terlalu banyak bersabar ngan Abah. Mak memang seorang ibu mitahli, pada akulah, tak pernah dengar mak meninggi suara ngan Abah, waktu Abah pukul mak,tak pernah dengar mak melawan atau menangis teresak-esak. Cuma aku nampak airmata mak jek mengalir.

Mak akulah sapu minyak kat birat-birat kita orang, birat kat badan dan hati mak sapa yang rawat? itu semua menjadikan aku jadi benci pada Abah.Tapi mak selalu nasihat, satu hari nanti Abah mesti berubah.' Doa untukAbah, Akak ' mak selalu pesan bila aku mendirikan solat ternyata doa kami tak sesia bila mak dapat adik aku yang kelima (jarak 7 tahun ngan adik aku yg keempat) dan seterusnya, Abah dah slow, masih marah-marah tapi tak pukul lagi, kekadang jek, mungkin sebab dah tua atau tau yang kami tak suka sikap panas baran dia tu. Tapi oleh kerana asuhan yang keras macam tu, menjadikan kami manusia yang berguna dan ingat pada ibu bapa.

Abang sekarang ni dah berkeluarga dan memperolehi 4 org anak, dia seorangyang baik dan ayah yang amat penyayang. Aku pulak, masih single, pengalaman lalu membuat aku takut nak berumah tangga, takut dapat suami macam Abah,tapi Alhamdulillah Aku dapat kerja yang boleh tahan jugak dan mampu memiliki sebuah Wira 1.5 dan mampu jugak setiap bulan memberi sedikit wang kepada mak. Abah tak nak duitAku, cukuplah bagi kat mak sorang jek, Abah pesan kat mak. Adik aku menjadi Chef di salah seorang hotel 5 bintang di Johor Bahru dan telahpun memiliki sebuah rumah sendiri,Adik aku yang keempat pulak menjadi seorang polis,
mereliasikan impian mak aku, adik aku yang kelima sekarang tahun akhir di salah sebuah Pusat Pengajian Tinggi dan yang bongsu pulak baru Tingkatan 2.

Walau dulu aku terasa yang cara Abah terlalu zalim dan mendera, tapi sekarang ini aku rasa berterima kasih pada Abah. ' Abah, you make us a better Man and Woman ' Selamat Hari Bapa Abah.... Hasil dari ketegasan didikan Abah dan kelembutan belaian Mak, dua kombinasi ini menjadikan kami, warisan yang tegas namun mampu bertoleransi dalam mengendalikan apa jua keadaan. Tak mudah melatah dan naik angin tak tentu pasal. Tapi itu sifat Abang dan adik-adik jek, aku tak serupa mereka. Sedari kecil sifat aku memang berlainan, mungkin kerana 11 bulan dalam kandungan mak dan lahir dengan selaput seperti kulit bawang membaluti aku dari pinggang hingga ke kaki Aku banyak mewarisi sifat-sifat Abah, panas baran,garang dan mudah naik kaki tangan kalau amat marah. Namun begitu aku juga memiliki separuh dari sifat Mak, pemaaf, mudah menangis, mudah mengalah, pandai memujuk tapi aku tak tunjuk sifat itu semua kerana sifat Abah lebih menguasai diri aku, mungkin kerana aku tidak mahu orang menilai aku sebagai perempuan yang lemah dan mudah dibuli.

Apabila umur aku telah menjangkau suku abad ini, sifat-sifat Abah yang ada pada diri aku telah banyak telah aku kikis, terutamanya sifat panas baran, garang dan mudah naik kaki tangan. Aku mahu menjadi seperti Mak, lemah lembut, penyayang dan sentiasa tersenyum. Sepanjang penghidupan kami jarang sekali aku lihat mak bermasam muka, walau payah sekali pun mak akan sentiasa tersenyum, namun kekadang bila aku renung matanya ada kesedihan di situ, tapi mak tak pernah tunjuk kat anak-anak, terutamanya kat aku kerana mak tau aku ni pendendam, dan paling teruk sekali mak juga tau, aku akan laksanakan dendam aku bukan dengan cara kasar tapi dengan cara reverse psychology, aku mampu menganalisa danaku akan jadi pemangsa bukan lagi sebagai mangsa.

Tapi cerita dulu, kisah suku abad yang dulu, apabila melihat wajah mak yang semakin dimamah ketuaan, namun masih berseri hasil dari wudhu' yang tak pernah kering dan selawat yang tak pernah putus, dengan sendirinya aku mendidik diri aku untuk menjadi seperti mak, supaya apabila Allah ambil mak dari aku, Aku mampu mendidik dan menjaga adik-adik aku, teramat penting sekali mereka hormat kepada aku dan menjadikan sebagai pelindung sebagai mana mereka berlindung kepada mak, meletakkan segunung kepercayaan kepada aku seperti aku menyerahkan nyawa aku pada mak.

Garis-garis ketuaan mak semakin hari semakin terserlah, sakit kakinya semakin menjadi-jadi, hampir saban minggu aku menghantar dia pergi berurut, namun sakitnya terkadang surut kekadang pasang. Kalau boleh aku nak bagi mak kaki aku, tapi apakan daya. Kadang-kadang tu, jantung mak pun memberi masalah kepadanya, pernafasan mak tersangkut-sangkut macam orang semput. Aku selalu diundang rasa takut, takut kehilangan mak dalam waktu terdekat ni. Aku tak mampu mengharunginya sendirian. Aku juga takut, tanpa mak kami adik-beradik akan hidup berpecah dan membawa haluan masing-masing.

Abah pula dah semakin akrab dengan kami, sifat lamanya masih ada tapi telah dibendung, terserlah kasih sayang Abah sekarang ni. Namun begitu Abah masih tak mampu mengapai kasih sayang kami sebagai mana kukuhnya kasih kami pada mak Suka melihat Abah melayan kerenah cucu-cucunya, dipeluk, dicium, bergurau dan menyuap cucunya makan. Mungkin Abah mahu menebus ketegasan didikan masa lalunya kepada kami dengan mencurahkan kemesraan pada cucu-cucunya.

Kekadang mengalir air mata aku melihat kemesraan Abah dengan cucu-cucunya, rasa cemburu campur rasa terharu, mengapa aku tak dapat merasai itu semua dahulu. Mengapa Abah tidak begitu dahulu. Abaaaahhhhhhh!" lantang jeritanku memanggil Abah, sambil memangku tubuh Mak yang terkulai di pangkuan Aku. Takungan air mata aku pecah bercucuran. Abah, Mak jatuh, Mak tak bangun-bangun

Mak, bangun Mak.
Jangan buat Akak macam ni Mak.
Mak, Akak sayang Mak.
Mak bangun".

Aku usap tubuh Mak lembut, Aku kejutkan Mak suruh Mak bangun. Tapi Mak tak jugak bangun, Mak masih diam di pangkuan Aku. Nafas Mak beralun lemah. Wajah emak seperti orang tidur nyaman dan tersenyum. Waktu itu aku tahu yang Mak dah tak ada, tapi aku tak mahu terima kenyataan ini. Aku tetap usap wajah Mak, aku lurut jari-jemari tangan Mak, Aku cium kaki Mak.

Maaakkk
kalau Akak buat salah,
Akak sakitkan hati Mak,
Mak hukumlah Akak,

tapi jangan buat Akak macam ni. Mak bangun, Akak masih nak manja dengan Mak. " Tapi Mak tak bangun-bangun. Mak terus tidur selamanya, Jiran tetangga datang dan Aku masih erat memeluk tubuh Mak, mereka pisahkan Aku dari Mak, Aku meraung, Aku nak bersama dengan Mak tapi mereka tetap menghalang Aku dari mendekati Mak.

Mereka kata " redhakanlah Mak pergi Akak, kalau Akak sayangkan Mak, pegi ambik air sembahyang, bacakan yasin untuk Mak Aku bangun dan aku sempat mengerling ke arah Abah, sayunya wajah Abah. Abah yang pada aku adalah seorang yang kuat, gagah dan perkasa, malah tiada ada apa yang mampu mengoyahkan kekuatan dan kelelakian Abah, tapi hari ini, tika dan saat ini Abah kelihatannya terlalu lemah, terlalu tua dan terlalu dihimpit perasaan sebak. Kali pertama dalam sejarah kehidupan Aku, aku melihat air mata Abah mengalir kontras. Serta mertanya segala ketakutan dan kesakitan aku dulu terhadap Abah hilang, diganti oleh rasa terharu dan amat sayang pada Abah. Bukan setakat Abah, aku dan adik-adik sahaja di landa rasa ketidak percayaan atas kehilangan Mak, malah semua orang seolah tak percaya.

Mak tak sakit, Mak sihat dan pagi itu pula aku dan Mak masih sempat berbual dan bergelak ketawa, malah kami merancang nak bersiar-siar ke bandar JB sambil melawat Mak Long kat Hospital Tun Aminah. Waktu itu pukul 10 pagi, " aku kata mak cepatlah siap mak, pukul 11 pagi kita nak bertolak " dan " mak kata nantilah kejap, pukul 10.30pagi nanti mak mandilah siap-siap ". Aku borak lagi dan sempat makan lagi dengan mak, kemudian mak kata dia nak buang air besar dan sempat bergurau lagi " perut-perut kau nak buang air ke tidak ", aku gelakkan mak. Mak bangun dan aku bangun sama dengan mak untuk temankan Mak ke bilik air sebab lutut dia lemah,
aku takut dia terjatuh kalau aku tak paut dia. Tiba-tiba mak rebah dan aku paut kuat tubuh mak sambil melaung memanggil Abah.

Waktu itu pukul 10.30 pagi. Waktu mak pergi, Abang aku yang sulung ada kat JB, Abang aku yangkedua ada kat Kota Tinggi, Adik aku yang keempat sedang bekerja diHotel(chef)JB, Adik aku yang kelima sedang bekerja di Perak(polis), Adik aku yang keenam berada di IPTA Melaka dan yang bongsu sedang berada di sekolah ko-kurikulum.

Hanya ada aku dan Abah di rumah. Abah pula waktu itu sedang mesin rumput dilaman rumah. Tinggal aku dengan Mak, dan aku adalah orang yang berada di samping mak di saat-saat akhirnya. Abang dan adik-adik aku semua meraung seolah-olah tak terima kenyataan yang mak dah tak ada. Abah tak mampu berkata apa-apa, cuma menyuruh kami ambil air sembahyang dan bacan yasin untuk mak. Aku cuba menjadi seorang manusia yang kuat untuk hari itu, aku pujuk adik-adik aku dan aku dapat membaca yasin 7 kali di hadapan
arwah mak sebelum dibawa pergi.Mak dikembumikan selepas Asar, dan alhamdulillah, majlis pengembumian Mak berjalan dengan lancar dan berlangsung dengan mulia sekali. Awalnya sewaktu mak dimandikan dan aku turut memandikan mak, tubuh mak lembut, tak berbau dan tiada najis. Sewaktu mak dikafankan, kain kafan mak banyak lebih dan Abah jahitkannya menjadi " saprah " dan sedekahkan di surau buat sejadah sembahyang.

Sewaktu dikebumi pula, cuma perlu 3 orang untuk mengangkat tubuh mak masuk ke liang lahat. Mereka kata tubuh Mak amat ringan dan tanah buat menambak kubur mak, terlalu banyak lebihannya. Semua orang memuji-muji dan memperkatakan keajaiban pada hari itu. Aku mengambil cuti satu minggu dan hari-hari itu aku habiskan dengan setiap pagi membawa Abah dan adik-adik melawat mak dan membaca tahlil dan yasin untuk mak. Sehingga hari ke 9, kuburan mak masih lagi basah sedangkan tanah lebihan dari kuburan Mak sudah lama kering. Dan Abah sejak hari itu telah benar-benar menjadi seorang Abah, diatidak lagi pemarah dan setiap masa dan ketika Abah akan bercerita tentangmak pada aku, segala kebaikan mak dan kemuliaan sifat mak.

Abah kata makbenar-benar seorang isteri yang solehah. Selama mak masih ada hayat, Abah takpernah memuji mak, selalu marah mak adalah, tetapi setelah kehilangan mak, barulah Abah berbicara segalanya kebaikan dan
kesolehan mak.Segala wajah kegarangan yang ada pada muka Abah, telah diganti dengan wajah sayu dan kasih sayang.

Hari Rabu adik keenam balik semula ke IPTA Melaka, aku dan Abah hantarnya ke bus station Larkin, sebelum adik menaiki bas, Abah peluk dan cium dahi dia. Selama ni Abah tak pernah cium kami hatta sekalipun.
Begitu berubahnya Abah, Abah menjadi lembut dan amat penyayang. Dengan adik-adik aku yang lain dan aku pun begitu juga, sebelum kami semua kembali ke bekerja, Abah akan peluk dan cium dahi kami. Kasih sayangaku yang dulunya terlalu sedikit untuk Abah, namun sekarang ini kasih aku terlalu melimpah untuk Abah walau ianya tak mampu menyamai kasih ku yang melimpah ruah untuk arwah mak. Tapi segalanya kemungkinan apabila waktu mengizinkan Al-Fatihah untuk arwah Mak yang kembali rahmatullah pada 15hb Jun 2002 jam 10.45 pagi. Wassalam. Pemergian Mak memberi tamparan yang amat hebat pada aku, kehidupan aku waktu ini aku rasakan cukup hambar. Jika dulu, aku ' looking forward ' ke hari minggu untuk balik kampung jumpa mak. Selalunya mak akan ajak aku jejalan naik kereta, yelah mak tak boleh aktif sangat nanti lutut dia ' cramp ', kalau jalan pun mak guna tongkat danaku akan paut dia.

Tapi kini, semua kenangan tu tak akan berulang lagi. Selama ini segala apa yang aku lakukan, semuanya untuk mak. Aku belajar pepandai danmenjadi seorang yang cukup sempurna, supaya dapat bagi kesenangan pada mak, tapi mak hanya mampu mengecapi itu semua hanya seketika. impian aku untuk mak belum tercapai tapi mak dah pergi. Apabila mak pergi, mak telah membawa keseluruh jiwa dan raga aku, ianya seolah-olah turut mati bersama bersemadinya jasad mak. Aku memang amat manja dengan mak, dulu mak zaman mudanya mak dan remajanya aku, maka kan korek kan telinga aku, potongkan kuku aku dan urut badan aku kalau aku kelihatannya letih. Dan apabila tuanya mak dan dewasanya aku, aku pula akan ketipkan kuku mak, urut kaki mak dan masak untuk mak jika aku pulang ke kampung.

Tapi selalunya mak akan masak untuk aku jika aku beritahunya aku akan pulang. Bila sampai kat rumah jek, makanan telah terhidang untuk aku. Mak memang seorang ibu yang amat-amat prihatin dan penyayang. Dan akubenar-benar terasa kehilangan yang amat besar dan tidak dapat digambarkan oleh perkataan. Airmata ini pula, terlalu murah sekarang ini, acapkali teringat memori-memori pahit dan manis bersama mak, mudahnya air mata mengalir. Jika dulu bila teringat kat mak, aku akan telefon dia dan bagitau" Mak, Akak rindu kat Mak " dan mak akan ketawa " Macam budak kecik jek ". Kemudian aku akan minta mak doakan aku supaya selamat dunia dan akhirat. Kalau dulu ada orang buli aku atau selalu sakitkan hati kat ofis, aku akan ngadu kat mak dan mak akan kata " biarlah Akak, biar dia buat kita, kita bersabar dan sembahyang jangan lupa, Allah tu amat memahami dan pengasih ".

Hati aku amat tenang mendengar jawapan dari mak, bukan sahaja kerana jawapan dari mak tapi alunan suara mak yang mersik dan penuh kasih. Aku akan telefon mak setiap hari, untuk tanya yang mak sihat atau tidak dan melepaskan rindu, jika tak dengar suara mak satu hari aku akan jadi tak tenteram. Kadang-kadang tu bila aku sibuk sesangat aku lupa nak telefon mak dan mak pula yang telefon aku " Anak mak sihat? nape tak telefon? ", sayu suara mak di hujung talian. Tapi kini, aku kehilangan semua itu dengan sekelip mata, tiada lagi gemersik suara mak dan deringan telefon dari mak untuk aku. Rasa macam mimpi. Airmata ini tanpa segan-segan mengalir tak kira waktu dan tak kira ketika. Abah adalah lelaki sejati, maksud aku lelaki sejati adalah lelaki yang tak pernah ke dapur menolong mak masak dan tak pernah menukar lampin kami adik beradik apatah lagi bangun malam membancuh susu untuk kami adik beradik Pada Abah itu semua kerja perempuan. Kerja Abah adalah mengerah tulang empat kerat untuk rezeki keluarganya. Apabila mak balik kampong B.Pahat, waktu nak melahirkan adik-adik aku. Abah akan makan di kedai. Sehingga habis pantang barulah mak balik semula ke sisi Abah.

Namun untuk Abah menjenguk dapur sekadar memasak, gigit jarilah gamaknya. Pagi Sabtu aku pulang ke kampung seperti biasa. Tiada lagi suara mak yang menyambut salam aku, tapi suara Abah. Garau tapi sayu, aku capai tangan Abah dan aku cium. Lesunya aku lihat Abah, mungkin masih ' trauma ' atas kepergian mak.
Hari ini, aku rasa amat terharu melihat Abah terkial-kial di dapur sedang menyiang ikan, kemudian Abah memarut kelapa dan memotong bawang dan lada. Selepas memotong bawang dan lada, aku lihat Abah termenung merenung lada dan bawang yang berenang-renang kat dalam mangkuk berisi air. Aku kerling dengan ekor mata aku melihat apa yang ditenung dek Abah, Rupanya melihat-lihat resepi yang disalin kat secebis kertas. Terbit kasihan di hati aku, Aku tanya Abah, nak masak apa. Nak masak ikan lemak pedas rupanya. Abah segan nak tanya aku,betul ke resepi nih. Aku kata kat Abah, tak pelah biar jek Akak buat, Abah duduk jelah. Kemudian aku rendamkan lada dan kupaskan bawang bebanyak dan 'blend'kan sekali untuk Abah, supaya lain kali dia tak perlu nak buat tu semua apabila nak masak. Cuma perlu siang ikan dan tumis sahaja. Abah teliti cara aku masak satu persatu dan bertanya itu dan ini. Syahdu perasaan ini. Petang itu aku kembali ke Johor, setiap detik perjalanan pulang aku, air mata ini gugur disahut dengan hujan yang turun dengan lebatnya.Teringat arwah Mak, terkenang dakapan lesu Abah dan mengenang hari-hari yang bakal aku lalui tanpa Mak. Sebelum berangkat aku sempat menziarah ' persemadian mak ', ingin aku laungkan

"Mak, Akak rindukan Mak, Mak kembalilah"

tapi kata-kata itu tak boleh aku laungkan kerana itu akan menyeksa Mak. Itu bermakna aku tak redha dengan kepergian Mak. Aku redha dengan qada'dan qadarNya, tapi aku memang masih rindu dan perlukan mak, hari ini, esok dan selamanya.